Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Monday, May 7, 2012

HARAM SERTAI DEMONSTRASI - BETUL KE?

Apa pendapat korang mengenai bersih? boleh ke join? aku pun dah mula pening sekarang ni. Maklumlah, majlis fatwa kebangsaan dah announce bahawa menyertai demonstrasi adalah haram!

Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara(petikan dari berita harian)

Memang betol pun, menyertai demonstrasi yang memberi impak negatif kepada semua pihak dah tentu lah haram!Disebabkan demonstrasi gado sana-sini,pukul sana-sini, bunuh sana-sini. Bukan ke tu huru-hara namanya. Demonstrasi macam ni adalah cara orang barat. Itu budaya kuning namanya.Buat apa nak ikut

GADUH RAMAI-RAMAI

Pada pendapat aku benda ni ikut niat masing-masing la. Asalkan seseorang itu tak berniat jahat,tak merosakkan harta benda awam,takde pukul-pukul demonstrasi takkan jadi masalah. Demonstrasi aman namanya.Ya dak?

Monday, April 30, 2012

SENTUHAN AJAIB DONALD TRUMP

"You are fired!" jerit seorang lelaki tinggi,perut buncit kehadapan dan berkepala botak.Ramzi terpinga-pinga.Dia seakan-akan tak percaya.Semalam baru saja dia tengok rancangan The Apprentice dalam tv dimana Donald trump memecat seorang perantis yang tidak kreatif. Bunyi "You are fired" seakan-akan sama dengan jeritan Donald Trump. Ramzi akur, dia terus mengemas barang dan perlahan-lahan beredar. Dalam hati dia tertanya-tanya"apa salah aku?"

Aku memang minat sangat dengan rancangan The Apprentice ni. Dulu tak pernah miss. Tapi bila The Celebrity Apprentice kuar aku dah slow sket. Ntahlah,rancangan lain aku rasa lagi menarik kot.

Sebenarnya aku nak kongsi ngan korang beberapa fakta menarik tentang Donald John Trump ni.Aku terpaksa tulis entri tentang mamat Donald ni sebab aku kena present skit pasal dia kat tempat keje aku.Entri ni dikira sebagai Pemanas badan la.

Beberapa fakta menarik yang mungkin ramai tak tahu pasal Donald John Trump atau lebih dikenali sebagai Donald Trump ni antaranya ialah:

Fakta 1: Majalah Business Week menyifatkan Trump "apa yang disentuhnya akan bertukar menjadi emas" Midas Touch. Ini kerana kebolehannya mengubah barangan murah menjadi mahal,tidak laku menjadi laris,tidak berkualiti menjadi berkualiti dan bermacam-macam lagi. Memang hebat!

KORANG BOLEH BACA BUKU NI


Fakta 2: Memiliki pelbagai aset bernilai jutaan dollars seperti Trump International hotel & Tower Palm Jumeirah, Trump International hotel & Tower Toronto, Trump Tower New Orleans, Trump Ocean Club International hotels & Tower Panama. Universiti pun dia ada. Fuiyoh, kaya betul.

UNIVERSITI PUN DIA PUNYA


Fakta 3: Miss Universe yang selalu korang tengok kat Tv tu dia punya jugak. Dia adalah owner kepada Miss Universe Organisation yang menganjurkan Miss Universe, Miss USA, Miss Teen USA dan yang sewaktu dengannya.

Fakta 4: Dia kawin dengan bini yang muda dan lawa.Yang ini memang aku tak puas hati!

Ok,sebenarnya rahsia kehebatan Trump ni dah dibukukan dan dipasarkan di seluruh malaysia. Korang boleh je beli koleksi buku-buku Trump ni kat mana-mana kedai buku (aku beli kat MPH je). Korang pernah dengar pasal buku'berfikir gaya Trump kan'.Aku cadang korang baca.

Harap-harap dapatlah aku present dengan lancar.Sehari suntuk jugak berlatih ni. Aku dah training nak present macam Steve Jobs. Harap-harap menjadilah. Kepada sesiapa yang nak present macam Steve Jobs, korang boleh baca disini.

Entri ni kekurangan gambar. Tak sempat nak masukkan. Dah lewat ni, aku nak pergi present dulu. Chow

Saturday, April 28, 2012

AKU NAK BOM AMERIKA

Kelmarin baru je Amerika syarikat mengebom Pakistan (26.4.2012).Pakistan dibom menggunakan pesawat Drone tanpa pemandu(lapor Berita Harian).Berpuluh-puluh penduduk awam mati.Amerika dengan selamba bagi alasan yang diorang tersalah target.Citt.Senang-senang je main dengan nyawa manusia.Memang tak patut!

Kalau ikutkan hati,nak je aku bom balik amerika tu.biar dia tahu macamane orang lain rasa.Tapi kalau nak bom pun kena tau kelemahan diorang dulu.So,kenalah kaji selidik kekuatan dan kelemahan diorang.Jom kita tengok pesawat Drone diorang dulu!


DRONE EYE PHANTOM











































Memang kagum tengok Drone terbaru ni.Terpikir jugak,Aku nak bom diorang nanti pakai apa? mercun?

Drone Eye Phantom: Ni adalah jenis Drone yang terbaru.Amerika guna Drone ni untuk tujuan pengintipan dan pengawasan sahaja.Boleh terbang di udara selama 4 hari tanpa mendarat.Hebat!Pengeboman kat Pakistan tu mengunakan Drone RQ-170 sentinel(bentuk lebih kurang macam Drone eye phantom ni)

             PELANCARAN DRONE RAY PHANTOM

                 DALAM MISI MENGEBOM

Serupa macam belon udara.Tapi aku tak boleh pandang sebelah mata.Kalau Drone Eye Phantom tadi hanyalah untuk mengintip,Drone ini yang bakal digunakan untuk MENGEBOM!!

Drone Ray Phantom: Digunakan khas untuk tujuan pertempuran.Berbeza daripada jenis Eye Phantom kat atas tadi.Yang ni lagi power sebab boleh berada di udara selama 10 hari tanpa mendarat(lebih dari seminggu tu!!).Kapal terbang control aku tak sampai sejam pun!
Yang kat bawah ni pulak gambar-gambar Drone pelbagai jenis dan keupayaan.Semua Drone ni digunakan untuk tujuan risikan,pengintipan dan pertempuran.kelebihan kesemua Drone ini ialah
  • tidak boleh dikesan oleh radar
  • kelajuan average 300km/hr
  • jika rosak,semua data risikan automatically hilang(untuk mengelak dicuri)
  • tidak memerlukan pemandu


Terlampau banyak sebenarnya,Tak mampu aku nak tulis semua.Takpe,tengok je gamba-gamba ni





Pada pendapat aku ada banyak lagi jenis pesawat Drone ni.Tapi dirahsiakan oleh Amerika.Apa-apa pun,Pesawat Drone ni dah banyak kali dijatuhkan oleh Iran.Terbaru sekali pada 8 disember lepas.Pesawat Drone berjaya digodam dan dijatuhkan.Tabik iran!


Walau sehebat mana sekali pun.Pasti ada kelemahan.Samalah macam manusia.Tak ada yang terhebat.sentiasa ada yang lagi hebat.Apa pendapat korang?




Thursday, April 26, 2012

FAKTA-FAKTA MENARIK TENTANG MARK ZUCKERBERG

Biasanya jawatan CEO hanya layak dipegang oleh orang yang betul-betul senior dalam syarikat.Umur kebiasaan untuk CEO ialah dalam lingkungan 40tahun ke-atas.Senang cakap orang tua-tua je yang banyak jadi CEO ni

CEO NI BIASANYA BERLAGAK LEBIH

Tapi lain pulak jadinya dengan Facebook.Mark Zuckerberg merangkap CEO Facebook hanyalah berumur 27 tahun.Kalau kita 27 tahun ni masih lagi keje kat bawah (kuli).Sudah semestinya dia seorang yang genius

OTAI FACEBOOK

PELANCARAN FACEBOOK

Aku nak kongsikan ngan korang serba sedikit perkara menarik tentang abang kepada kepada empat orang adik beradik ni.

semasa kanak-kanak:Mencipta program mesej-mesej yang dinamakan sebagai'Zucknet' menggunakan Atari Basic(komputer programming)
Ayahnya sendiri menggunakan Zucknet ini untuk buat arahan kat pekerja-pekerjanya di klinik

Semasa di High school:Mencipta software permainan muzik yang dinamakannya sebagai 'Synapse'.Alat ini begitu menarik sehingga AOL dan Microsoft ingin membeli daripadanya

Semasa di Harvard University:Mencipta software baru yang dinamakan CoarseMatch.Software ni membolehkan sesiapa melihat rakan-rakan yang mengambil kursus sama dengan mereka

Dia juga mencipta software 'FaceMash'.software ni pulak lebih kurang maksudnya macam 'face-match'.membandingkan wajah dua orang.Mana satu yang lebih menarik.Software ini akhirnya diharamkan oleh pihak universiti Harvard


KORANG PUN BLEH MAIN GAME NI
Diatas nasihat Bill Gates,Mark Zuckerberg ni akhirnya meniru tindakan idolanya itu untuk berhenti belajar kat Harvard dan fokus sepenuhnya kepada Facebook.Bagus betul!

MARK ZUCKERBERG DENGAN DUSTIN MOSKOVITZ
berdasarkan info ni aku rasa kepada sesiapa yang nak berhenti belajar.Silakan.Asalkan korang dah ada backup plan yang Gempak.No problem!Apa pulak pendapat korang?

TEGUR-TEGUR MARK KAT FACEBOOK

Oh lupa pulak.Sebelum korang nak berhenti blajar tu.Apa kata korang try ajak Mark Zuckerberg lepak kat warung.Mana tau dia offer korang keje ke.Sebelum tu add lah dia kt facebook dulu.Ok?





Tuesday, April 24, 2012

PRESENTATION CARA STEVE JOBS


20 jun 2010: Hati aku berdebar-debar.Jam dah menunjukkan pukul 10.00 pagi.Sekejap lagi aku akan dipanggil  untuk buat presentation BELL (kod untuk subject bahasa inggeris).Setiap pelajar dikehendaki untuk membuat presentation tentang apa-apa sahaja tapi dalam bahasa inggeris.

Dup Dap Dup Dap..aku terasa bagaikan menunggu saat dihukum gantung.Takut sangat.Maklumlah, jarang sangat present 'speaking'.Biasanya present dalam bahasa melayu saja.Aku tengok balik kertas nota kecil yang aku bawa.Aku cuba hafal betul-betul point-point penting dalam nota kecil tu.Tak boleh hafal lagi dah!

"Firdaus bin Maarof,please come infront"suara kecik cik Razak kedengaran.Aku bangun.Semua orang memandang aku.Ahhh..aku cuba buang jauh-jauh semua perasaan takut.Aku naik keatas pentas.Aku pegang microphone dan "A very good morning to our beloved lecturer..."

Itulah cerita aku dulu-dulu masa nak buat presentation.Gelabah gila.Korang semua pernah rasa macam ni kan.Benda biasalah ni.Tapi apa kena mengena dengan Tajuk aku?kasut jogging Steve Jobs?

KASUT JOGGING STEVE JOBS








sebenarnya pengalaman aku tu tak ada kena mengena dengan Steve Jobs.Tapi tahukah korang bahawa Steve Job sentiasa memakai pakaian yang sama setiap kali presentationnya?baju hitam,seluar jeans biru dan kasut jogging.Mesti korang rasa pelik kan?

KASUT JOGGING STEVE JOBS

KORANG BOLEH TRY PAKAI MACAM NI

Pada pendapat aku, perkara ni bukanlah pelik untuk orang seperti Steve Jobs yang telah mencipta pelbagai komputer canggih,telefon bimbit pintar(Smart phone),alat pemain muzik(Ipod) dan merupakan antara presenter terbaik dunia!

KAT HUJUNG SANA TU..BANGUN!!..JANGAN TIDO MASA SAYA PRESENT!

STEVE JOBS PENING. TAKDE IDEA

Apa aku nak kongsi kat sini ialah cara-cara present ala-ala Steve Jobs.Sebab aku tak nak tragedi gelap (privacy) masa aku present dulu tu jadi kat korang.Siapa yang nak ajar?bukan aku.Tapi korang boleh belajar sendiri dengan muat turun fail PDF ni.Khas untuk semua pembaca budiman.

CARA-CARA PRESENTATION YANG MENGKAGUMKAN OLEH STEVE JOBS

Tak kenal Steve Jobs?Tak perlulah aku cerita panjang kat sini.Kalau ada sesapa kat sebelah korang.Tanya saja dia.Aku boleh confirm yang dia akan bagi penerangan detail kat korang.Tak pun korang boleh baca bioghraphy Steve Jobs kat pautan ini

Kalau Steve Jobs buat blog komfem berjuta-juta follower dia.Tak payah la dia nak ikut tips untuk meningkatkan bilangan pembaca blog daripada aku.hehe


Saturday, April 21, 2012

KOPI RADIX (SIRI 1)

Sambil-sambil tengok cerita FRINGE ni rasa macam best jer kalau dapat minum kopi.Jam dah pukul 12 tgh malam.Cerita FRINGE ni plak abis pukul 1 pagi.memang best kalau tengok peter bishop berlakon (hero dalam FRINGE).Tapi kalau minum kopi kompem tak tido.Apa aku nak buat ni?




Kes ni pernah tak jadi kat korang?Mesti pernah kan.Kepada sesiapa yang rasa macam tak tahan sangat nak minum kopi tu aku nasihatkan amek je.Tapi jangan pulak amek nescafe (tak sihat).Aku suggest kat korang supaya minum KOPI RADIX!.kalau korang nak minum kopi lain boleh jer tapi aku suggest kopi Radix.Kenapa?

  1.Bagus untuk kesihatan.Kopi lain pun sihat
    macam kopi jantan,kopi janda,kopi O.
    Tapi tengok kesesuaian lah.Tujuan korang
    pun nak tengok tv sambil layan kopi.So
    kopi Radix la yang paling sesuai

  2.Sedap.Kopi radix ni sedap kalau nak di
    banding dengan kopi tongkat ali.Kopi 
    tongkat ali pahit sikit.Kopi Radix ni rasa
    dia eksotik.kalau korang first time minum
    korang akan rasa pelik.Tapi sedap!

  3.Boleh minum banyak-banyak.Pengambilan kopi
    radix ni sehari boleh sampai 6 packet.So,
    kepada para penggemar kopi.JANGAN LEPASKAN
    PELUANG INI,MINUM SEBANYAK MANA YANG ANDA
    BOLEH!

  4.Murah.Kepada sesiapa yang poket dah 
    kosong.anda tak perlu risau.Minum kopi 
    radix dulu then pegilah cari duit.Kopi
    radix meningkatkan kecergasan fizikal
    dan mental.boleh buat korang lagi semangat


Apa-apa pun ini cumalah suggestion.Kan lebih baik kalau minum kopi yang sihat.Akal fikiran yang sihat bermula daripada tubuh badan yang sihat (terbalik ni).banyak lagi kopi-kopi yang sihat kat luar sana.tapi kopi Radix je yang aku suka.So,aku cadang korang try lah.Ok




Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal kopi radix,bleh bukak pautan ni






Sunday, January 2, 2011

Panah ajaib



Assalamuaikum WBT.

salam sejahtera diucapkan.

anda apa khabar?

jawab : tak baik,alhamdulillah ( walaupun tak baik tp tetap'alhamdulillah' )

Baru-baru ni sorang kawan tegur saya

kawan : naper der?muka masam jek.

saya: aduhh...esok da stat klas der.Wa takde mood la.

kawan : laa,lu da tak minat nk blaja ke?

saya : bukan cmtu..wa cuma rase malas gile nk g klas,wa bukan minat sgt Engineering nih..bosan

kawan : abes tu lu minat ape?

saya : wa minat lepak,tido,maen game,tgk muvi n berangan jadi kaye.

kawan:......


Baiklah..da panjang sangat bercerita nih.Tak nak buang masa lagi saya nak teruskan kongsikan dengan anda tentang tips tips untuk MENCAPAI KEJAYAAN.( kawan:cakap tak serupa bikinlah der..)Hahaha memang pun.sebenarnya tips ini saya tujukan khas buat diri sendiri terutamanya dan juga kepada sesiapa yang sudi..(kowang memang besh lah :-).Ok,tips nya ialah:




Sebilah panah tak mungkin dapat jatuhkan 2 ekor burung.Kengkadang 2,3 atau 4 anak panah pun blom tentu dapat jatuhkan 2 ekor burung.Mungkin memerlukan lebih banyak panah?

Maksudnya,kalau kita inginkan hasil yang banyak kita perlu tingkatkan usaha.Jangan plak terbalek, usaha sikit tapi harapkan hasil yang banyak.So ape macam?ade faham...

itu saje kot..untuk kali ini :-

kawan : nak kemana bro?

ch0ww....