Wednesday, January 30, 2013

Teknik Menulis Resume, 5 Interview Seminggu!!

Assalamualaikum semua. Hari ni aku nak berkongsi sedikit ilmu yang baru aku discover ni. Ilmu kalau tak dikongsi, disimpan sorang-sorang memang tak banyak faedah. Tapi kalau disebarkan atau disampaikan. Memang berbukit- bukit pahala korang dapat.Ye tak?

Monday, August 13, 2012

KAMI CUMA SUARAKAN PENDAPAT, SALAH KE?


Bersempena esok, 14 Ogos 2012, Mari kita sama-sama membantah sehabis-habisnya Akta 114A. Kenapa nak bantah? sebab dengan termaktubnya akta ini, semua blogger, facebooker, atau sapa-sapa saja dilarang sama sekali mengeluarkan kenyataan berbau hasutan dalam internet. Apa kejadahnya? lebih teruk lagi sesiapa yang didapati bersalah akan ditangkap terus tanpa perlu bukti yang kukuh.

Apa kejadahnya? dah macam ISA pulak. Akta ini secara otomatiknya menghalang kebebasan kita untuk berinternet ye tak? Pak cik dan Mak cik yang baru nak berjinak dengan Facebook pun boleh kena tahan. Sebarang rasa tak puas hati tidak boleh diutarakan di internet langsung.

Akta ini sememangnya menyekat kebebasan kita! sebarang maklumat berkaitan Akta ini anda boleh cari di SINI

Sunday, August 12, 2012

TUNTUT ILMU UNTUK KE NERAKA?



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: " Sesiapa yang menuntut ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan mencium bau syurga di hari akhirat kelak."(Riwayat Abu Daud)

Friday, July 27, 2012

SOLAT YANG TIDAK DISUNATKAN BERJEMAAH : SOLAT WITIR


Tahukah anda apakah itu solat witir?sebagaimana tajuk diatas, solat witir adalah antara solatsolat sunat yang dianjurkan oleh agama. selain itu, ia juga tergolong solat sunat yang tidak disunatkan berjemaah. Dalam erti kata lain, ia sunat dilakukan secara individu.



Tetapi kita juga pernah dengar adakalanya solat witir ini dilakukan berjemaah?betul tu, ia sunat dilakukan secara berjemaah selepas solat sunat tarawih yang kita lakukan pada bulan ramadhan.

Saturday, July 21, 2012

FAKTA MENARIK TENTANG BENUA ANTARTIKA


Antartika yang terletak di kutub selatan  adalah sebuah kawasan yang dilitupi lautan salji tidak mengira musim. Benua antartika diseliputi ais sejak 35 juta tahun dahulu.

Benua paling sejuk di dunia
Benua antartika sebenarnya adalah sebuah gurun yang hampir sama dengan gurun sahara. Perairannya adalah antara kawasan paling berangin di dunia dengan catatan kelajuan angin sehingga 200 batu sejam.

Friday, July 20, 2012

CARA MEMILIH PRINTER TERBAIK


Printer ialah satu alat yang disambungkan pada komputer. Ia digunakan untuk mencetak dokumen, kerja atau apa-apa sahaja yang dilakukan melalui komputer.

Terdapat beberapa jenis Printer yang biasa 
digunakan. Antaranya ialah Printer Laser, Printer Injet, Printer dot metrik dan Printer
pelbagai fungsi. Ia adalah berbeza antara satu
sama lain.

Tuesday, July 17, 2012

TIGA GOLONGAN MALANG DI BULAN RAMADHAN


Nabi Muhammad s.a.w sedang melangkah naik ke
atas mimbar.Tiba-tiba para sahabat mendengar
nabi menyebut 'amin'.Hairan kerana Nabi bukan
sedang menadah tangan berdoa.Sebentar kemudian
sekali lagi Nabi menyebut 'amin' sehinggalah
cukup tiga kali.Para sahabat pun bertanya kepada Nabi sebaik sahaja baginda turun dari mimbar.