Wednesday, May 9, 2012

CARA MENCETAK WANG SENDIRI


Aku bukan nak bgtau kaedah nk cetak wang palsu ataupun kaedah mendapat mesin cetak wang paling murah di pasaran.Tapi aku nak cerita sikit tentang cara 'mencipta' mesin cetak wang sendiri.Bagaimana?

MARI CETAK WANG SENDIRI

Mesin cetak wang yang aku maksudkan sebenarnya ialah 'pendapatan pasif' apa itu pendapatan pasif? banyak btol soalan kan.Pegi baca sendiri. Ok, malas nak celoteh panjang. Ini adalah beberapa kaedah untuk mendapatkan pendapatan pasif. Mari tengok sama-sama

Agen insurans: Sesapa pun boleh jadi agen insuran ni. Syarat kelayakan adalah lulus peperiksaan sahaja. Korang akan mendapat komisen jika mendapat pelanggan. Apa yang best ialah, untuk setiap pelanggan, anda akan dibayar komisen selama enam tahun! bayangkan jika anda mendapat 100 pelanggan. Duit atas angin beb!

MLM atau jualan langsung: Tugas korang hanyalah menjual produk orang lain. Yang menariknya ialah, korang mendapat dua sumber pendapatan. Pertama daripada jualan korang sendiri dan kedua daripada jualan yang dibuat oleh downline korang. Cuba bayangkan,duit masih masuk ke akaun bank korang walaupun korang sedang tidur (bilamana downline membuat jualan). Bukankah ini namanya 'buat duit sambil tidur?'

Menulis buku: Cuba tengok JK Rowling. Kerja sekali sahaja, duit masuk berjuta-juta sehingga sekarang hasil daripada royalti jualan buku Harry Potter. Bayangkan dengan sekali bekerja menyiapkan buku, korang terus menerima royalti daripada setiap buku terjual sehingga 50 tahun even selepas korang meninggal dunia. Duit dapat, pahala pun dapat!

Membuka kedai di internet: Korang boleh buka pasaraya korang sendiri. Tak perlu modal, tak perlu kedai, tak perlu cipta produk sendiri. Hebat kan! pelanggan korang bukan di malaysia sahaja tetapi di seluruh dunia! korang setting 'pasaraya'korang sekali sahaja selepas itu ia akan berjalan outo-pilot untuk selama-lamanya! anda boleh buat kerja lain selepas itu.best!

Ini hanyalah sedikit info yang aku dapat hasil daripada bacaan.Banyak lagi sebenarnya. Kalau nak tahu tunggu entri selepas ini. Okay chow


3 comments:

  1. no 1&2 tu mmg tak lah. tak reti nk ckp dgn org. muehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..yelah,insurans memang kene reti ckp(kot) tapi MLM tak pyh ckp pun takpe..bwk je kawan pegi dgr talk.Then kalau dia join kita pun dptlah duit :)

      Delete
  2. Promosi simkad Onexox pun boleh dijadikan pendapatan pasif, simkad hanya RM10 tapi mempunyai banyak keistimewaan...

    Boleh hubungi WhatsApp 0111-864 8262 utk maklumat lanjut

    ReplyDelete