Tuesday, May 15, 2012

URUSNIAGA DENGAN KERAJAAN MALAYSIA


Baru-baru ni aku ditugaskan untuk menyiapkan satu bisnes plan yang berkaitan dengan Engineering. Susah nak cari idea. Tapi aku bernasib baik sebab sorang member telah mencadangkan kat aku supaya aku buat water filter. Kira ada kene mengena dengan engineering jugaklah walaupun sikit. Malas nak fikir panjang aku terima je idea dia

Sebenarnya bisnes plan ni bukanlah kerja aku sorang. Ia adalah kerja grouping. So, hasil daripada perbincangan, kitorang bercadang nak jual water filter kitorang kat indah water. Maklumlah, Indah water adalah satu-satunya syarikat yang menyelenggara sistem pembetungan kat malaysia ni. So, kitorang bercadang nak jual produk ktorang kt indah water semata-semata untuk dapat keuntungan besar!hehe

Ok, aku sebenarnya nak share satu benda yang teramat kecik iaitu langkah2 yang perlu diambil untuk mempromote bisnes kita kepada agensi kerajaan. Langkah-langkah ini tak perlulah aku nomborkan sebab langkahnya memang simple, iaitu daftar sahaja di e-peRolehan. Kalau tak tau baca je kat sini



e-perolehan adalah sistem online yang dibuat oleh kerajaan untuk memudahkan urusan perniagaan dengan rakyat. Sistem ini menggantikan sistem manual(tradisional) yang diamalkan dahulu. Melalui sistem ini, rakyat boleh mempromosi produk-produk mereka dan menjadi pembekal atau perunding kepada kerajaan

Berusniaga dengan kerajaan juga adalah salah satu langkah paling selamat bagi perniagaan anda. So, tunggu apa lagi..cubalah!







No comments:

Post a Comment