Wednesday, May 23, 2012

PERINGKAT PELANCARAN KAPAL ANGKASA SOYUZ


Tahukah anda angkasawan russia iaitu Yuri Gagarin telah pergi ke ISS menaiki kapal angkasa yang dilancarkan oleh pelancar roket yang dinamakan Soyuz booster?

Soyuz booster dibawa ke tempat pelancaran

Pandangan dari hadapan
Bagaimanakah pelancar roket ini berfungsi?pelancar roket yang dinamakan Soyuz booster ini dilancarkan melalui tiga peringkat. Setiap peringkat akan menaikkan kapal angkasa Soyuz lebih jauh hingga berada dalam orbit mengelilingi bumi.

Detail pelancar roket Soyuz
Pelancaran peringkat pertama
Setiap peringkat akan dilancarkan menggunakan set enjin yang bakal terpisah dan jatuh ke bumi setelah selesai menaikkan kapal angkasa Soyuz.

Bahagian paling atas sahaja yang tinggal

Sebenarnya kapal angkasa Soyuz terletak pada bahagian paling atas roket pelancar Soyuz.    Yang selebihnya merupakan pelancar berperingkat yang bakal jatuh semula ke bumi.  Panjang kapal angkasa Soyuz yang memuatkan angkasawan ini hanyalah 8 meter sahaja! bayangkan betapa kecil kapal angkasa yang memuatkan hanya tiga orang ini.

Masa yang diambil untuk sampai ke ISS ialah 2 hari manakala masa untuk mendarat ke bumi hanyalah 3 jam sahaja! menakjubkan.Kapal angkasa Soyuz ini akan melepaskan payung terjun semasa pendaratan.

Peringkat pendaratan

Selesai mendarat
Sebenarnya, terdapat enjin yang dihidupkan semata-mata untuk memperlahankan kapal angkasa Soyuz ini daripada ditarik dengan cepat ke bumi semasa mendarat. Bayangkan betapa lajunya kapal angkasa Soyuz ini tertarik ke bumi!

No comments:

Post a Comment