Showing posts with label Sekadar Berkongsi. Show all posts
Showing posts with label Sekadar Berkongsi. Show all posts
Wednesday, January 30, 2013
Teknik Menulis Resume, 5 Interview Seminggu!!
Assalamualaikum semua. Hari ni aku nak berkongsi sedikit ilmu yang baru aku discover ni. Ilmu kalau tak dikongsi, disimpan sorang-sorang memang tak banyak faedah. Tapi kalau disebarkan atau disampaikan. Memang berbukit- bukit pahala korang dapat.Ye tak?
Saturday, July 7, 2012
ABRAHAM LINCOLN BURU PONTIANAK PAKAI KAPAK
Sape nak tengok cerita aksi yang best?? aku cadang korang tengok cerita Abraham Lincoln: Vampire Hunter. Komfem tak bazir duit kalau tengok cerita ni.
Cerita ni mengisahkan kisah hidup presiden Amerika yang paling berpengaruh iaitu Abraham lincoln yang kononnya pada pagi hari bekerja sebagai presiden manakala pada malamnya berkerja sebagai pemburu pontianak a.k.a Vampire.
Thursday, July 5, 2012
BERFIKIR CARA JUTAWAN
Pernahkah kita berangan-angan menjadi jutawan?memiliki rumah-rumah besar,memandu kereta mewah dan mempunyai duit berjuta-juta didalam bank. Apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran mampu dibeli, melancong ke mana-mana sahaja seperti ke Paris, Dubai, Turki dan London. Makan apa sahaja yang terbayang di fikiran. Ini sudah tentunya menjadi pengalaman paling indah sepanjang hidup.
Tetapi mampukah kita menjadi jutawan? Ramai yang percaya bahawa jutawan hanyalah impian yang tak mungkin menjadi kenyataan. Pada mereka, hanya orang yang bernasib baik sahaja mampu mencapai gelaran berprestij ini.
Wednesday, June 20, 2012
TEORI KONSPIRASI
Tahukah anda siapakah punca sebenar tercetusnya revolusi-revolusi eropah, perang
dunia pertama dan kedua, konflik palestin dan seluruh dunia?adakah presiden amerika ataupun negara israel yang bertanggungjawab? ataupun ada dalang disebalik semua kejadian ini yang berkuasa secara rahsia?
Siapakah yang menaja iluminati iaitu organisasi penyembahan syaitan terbesar didunia? dan siapakah yang bertanggungjawab menubuhkan gerakan freemason. Segala perkara ini tidak pernah ditulis dalam sejarah dan selama ini kita ditipu oleh ahli-ahli sejarah yang menyembunyikan hal sebenar.
Sunday, June 17, 2012
BAHAYA KURANG MINUM AIR
Rahmat berasa letih, badannya tidak bermaya. Dia seolah-olah baru sahaja berjalan puluhan kilometer padahal dia langsung tidak melakukan apa-apa aktiviti lasak pada hari itu. Pada fikiran Rahmat, keletihan ini sudah menjadi kebiasaannya. Namun, hari ini keletihannya menjadi-jadi. Setelah pulang dari kerja, Rahmat bercadang ingin berjumpa doktor.
Setelah kesihatan Rahmat diperiksa, didapati Rahmat tidak menghidap apa-apa penyakit. Punca keletihan Rahmat ialah dia kurang minum air. Rahmat mengaku hanya mengambil beberapa cawan minuman sahaja dalam sehari. Ini kerana dia hanya minum air apabila terasa dahaga sahaja.
Kajian menunjukkan bahawa badan kita terdiri dari 90% air. Oleh itu, air memainkan peranan penting dalam melancarkan setiap aktiviti tubuh badan kita. Sebagai contoh, air diperlukan untuk menurunkan suhu badan yang tinggi apabila kita demam. Air juga diperlukan untuk melancarkan peredaran darah dan membuang segala kotoran dalam badan melalui peluh.
Bagi sesiapa yang inginkan kulit yang licin dan cantik, dia haruslah banyak minum air putih. Ini kerana, air putih mengandungi banyak zat-zat terlarut yang terbukti baik untuk kesihatan kulit kita. Jika ingin minum jus buah sekalipun, pastikan Jus buah itu seratus peratus asli dan tidak bercampur dengan pewarna dan pengawet. Jus buah sememangnya kaya dengan mineral dan vitamin.
Meminum air sebenarnya dapat menjauhkan tubuh dari sebarang penyakit.Walaupun penyakit lazimnya dikaitkan dengan bakteria namun ini semua berlaku kerana sistem perkumuhan badan yang tidak lancar. Kekurangan meminum air menyebabkan bahan buangan dalam badan seperti toksik tidak dapat dikeluarkan dengan baik.Ini menyebabkan badan kita dijangkiti toksik dan merosakkan kesihatan.

Saturday, June 9, 2012
MENGHASILKAN PROGRAM TELEVISION
Memang syok layan TV tiap-tiap hari dari pagi sampai malam. Tapi pernah tak kita terfikir bagaimana sebuah rancangan television seperti drama, telemovie, dan dokumentari diterbitkan?
mari kita tengok sama-sama.
Siapa yang terlibat?
Di lokasi penggambaran filem, kita dapat lihat ramai orang. Selain pelakon dan pengarah, terdapat ramai pekerja-pekerja lain. Mereka semua dipanggil 'krew' dan masing-masing memainkan peranan penting dalam penggambaran.
Penerbit: Dia bertanggungjawab mencari pengarah filem yang berbakat untuk mengarahkan rancangan television yang bakal diterbitkan. Contoh syarikat penerbitan yang terkenal ialah 20th century fox dan Les' Copaque (Malaysia).
Pengarah: Ketua di lokasi penggambaran. Orang yang bertanggungjawab memberi arahan pada semua krew. Siapa tak kenal Steven Spielberg pengarah The Lord of The Rings dan Transformers. Di Malaysia pula, Syamsul Yusof untuk filem KL Gengster.
Penolong pengarah: bertugas memecahkan skript,watak, babak, lokasi agar dapat disesuaikan dengan jadual Pengarah. Membantu kerja pengarah di lokasi penggambaran.
Properties Master: Menentukan peralatan dan perhiasan yang bakal digunakan.
Pengarah Produksi: Mencari lokasi yang sesuai untuk penggambaran. Tempat tercantik didunia seperti mexico,latvia dan turki selalu menjadi lokasi terbaik untuk penggambaran.
Pengarah Seni: Menentukan susun atur, hiasan dan suasana di lokasi penggambaran.
Jurukamera: Merakam setiap babak lakonan.
Jurulampu: Menyediakan lampu supaya sesuai dengan babak dan lokasi.
Juruaudio: Mengawal audio. Memastikan suara pelakon jelas, tidak ada gangguan bunyi bising.
Selepas selesai penggambaran. Semua babak akan diedit oleh Editor. Editor bertanggungjawab menyambungkan semua babak supaya menjadi sebuah jalan cerita yang lengkap.
Setelah selesai, Cerita yang lengkap ini akan dihantar ke stesen television dan di tonton oleh semua orang.

Thursday, May 31, 2012
CARA MENGENDALIKAN EMOSI YANG KUSUT
Siapakah manusia paling pintar didunia ini?Nama Marilyn Mach Vost Savant meletop apabila beliau memperoleh markah ujian IQ paling tinggi didunia iaitu 230.Markah purata kebanyakan manusia hanyalah 100!
Persoalannya adakah IQ amat penting demi menentukan kejayaan seseorang?Jawapannya
tidak sama sekali.Sejarah membuktikan bahawa kemahiran mengendali emosi(EQ) adalah
lebih penting daripada kemahiran intelektual semulajadi(IQ) demi mencapai kejayaan!
Hal ini terbukti apabila ramainya cerdik pintar didalam pelajaran gagal apabila berdepan dengan alam pekerjaan. Dengan erti kata lain,mereka tidak dapat menyesuaikan diri dan gagal menjadi pekerja cemerlang.
![]() |
| ROBERT JARVICK DAN JANTUNG TIRUANNYA |
Contoh paling jelas ialah dalam bidang perubatan.Dr Robert Jarvick begitu terkenal
apabila berjaya mencipta jantung tiruan pertama yang boleh digunakan. Ciptaan beliau berjaya menyelamatkan nyawa ramai orang yang tenat sementara menunggu penderma jantung sebenar. Dr Robert Jarvick mendapat markah yang terlampau rendah dalam ujian IQ!beliau dikategorikan sebagai seorang yang dungu!
Thomas Alva Edison yang mencipta lampu mentol pula pernah diusir dari sekolah kerana didakwa 'berotak udang' dan tidak boleh menerima pelajaran. Tidak perlu disebut lagi kisah tentang Bill Gates yang juga diberhentikan dari Universiti Oxford. Michele Dell(komputer Dell) yang didakwa gila dan bodoh kerana ingin
bersaing dengan syarikat komputer gergasi IBM
Paling membanggakan ialah orang melayu sendiri iaitu En.Ramli bin Mokni pengasas Ramli Burger (pengeluar burger terbesar Malaysia) dimana Ramli Burger mencapai jualan RM 50juta setahun! En.Ramli bin Mokni sendiri hanyalah berkelulusan SPM dan tak pernah masuk mana-mana universiti!
![]() |
| TRADEMARK RAMLI BURGER TERKENAL SELURUH NEGARA |
Ini membuktikan bahawa EQ adalah amat-amat penting berbanding IQ.Bagaimana mencapai EQ ini?Dr.Mariani Mansor (pensyarah psikologi UPM) telah menggariskan beberapa panduan untuk mencapai EQ yang tinggi iaitu:
1.Sentiasa mengkehendakkan kejayaan dan pencapaian(own record breaking)
2.Kaji kesilapan masa lalu dan perbaiki
3.Sentiasa memanfaatkan waktu
4.Berusaha cari kebenaran dan penyelesaian dalam setiap masalah
5.Belajar membezakan perasaan sendiri.kawal perasaan sendiri
6.Jalinkan hubungan positif
7.Sentiasa berfikiran positif
8.Gunakan kekuatan diri untuk tingkatkan semangat
Marilah sama-sama tingkatkan EQ agar kita lebih mudah mencapai kejayaan. Ramai penjahat didunia ini menggunakan IQ yang tinggi dalam melakukan jenayah!dimana letaknya EQ mereka?fikir-fikirkanlah.
Saturday, May 26, 2012
GELOMBANG PANAS MENYERANG DUNIA
![]() |
| KESAN LETUPAN NUCLEAR AMAT MERBAHAYA |
Gelombang panas boleh mengakibatkan kemarau, banjir, ribut taufan. Semua kesan buruk ini akan mengakibatkan kematian,kebuluran dan wabak penyakit. Masa ni confirmlah kadar jenayah meningkat secara mendadak!
![]() |
| GELOMBANG PANAS MENYERANG DUNIA |
![]() |
| SUHU PANAS MELAMPAU DI INDIA |
Kalau rasa tension sebab suhu panas,salahkan sahaja Amerika. Negara Amerika adalah penyumbang paling tinggi kepada pemanasan global walaupun penduduknya hanyalah 5 peratus sahaja daripada jumlah seluruh penduduk dunia.
Wednesday, May 23, 2012
PERINGKAT PELANCARAN KAPAL ANGKASA SOYUZ
Tahukah anda angkasawan russia iaitu Yuri Gagarin telah pergi ke ISS menaiki kapal angkasa yang dilancarkan oleh pelancar roket yang dinamakan Soyuz booster?
![]() |
| Soyuz booster dibawa ke tempat pelancaran |
![]() |
| Pandangan dari hadapan |
Bagaimanakah pelancar roket ini berfungsi?pelancar roket yang dinamakan Soyuz booster ini dilancarkan melalui tiga peringkat. Setiap peringkat akan menaikkan kapal angkasa Soyuz lebih jauh hingga berada dalam orbit mengelilingi bumi.
![]() |
| Detail pelancar roket Soyuz |
![]() |
| Pelancaran peringkat pertama |
Setiap peringkat akan dilancarkan menggunakan set enjin yang bakal terpisah dan jatuh ke bumi setelah selesai menaikkan kapal angkasa Soyuz.
![]() |
| Bahagian paling atas sahaja yang tinggal |
Sebenarnya kapal angkasa Soyuz terletak pada bahagian paling atas roket pelancar Soyuz. Yang selebihnya merupakan pelancar berperingkat yang bakal jatuh semula ke bumi. Panjang kapal angkasa Soyuz yang memuatkan angkasawan ini hanyalah 8 meter sahaja! bayangkan betapa kecil kapal angkasa yang memuatkan hanya tiga orang ini.
Masa yang diambil untuk sampai ke ISS ialah 2 hari manakala masa untuk mendarat ke bumi hanyalah 3 jam sahaja! menakjubkan.Kapal angkasa Soyuz ini akan melepaskan payung terjun semasa pendaratan.
![]() |
| Peringkat pendaratan |
![]() |
| Selesai mendarat |
Sebenarnya, terdapat enjin yang dihidupkan semata-mata untuk memperlahankan kapal angkasa Soyuz ini daripada ditarik dengan cepat ke bumi semasa mendarat. Bayangkan betapa lajunya kapal angkasa Soyuz ini tertarik ke bumi!
Saturday, January 1, 2011
TIPS PERCUMA UNTUK ANDA!
Assalamualaikum WBT.Salam sejahtera diucapkan kepada semua.
Apa khabar anda semua?
Jawab: hebat alhamdulillah
Semalam saya bersama kawan2 pergi sambut tahun baru kt shah alam,penat btol rasenye.Pukul 3 pagi tadi baru ktorang balek rumah.masing masing dah penat tak ingat dunia.Fuhhh..Tak sangka sambutan tahun baru kt shah alam ni boleh tahan gak best nye.Tak macam kt KL yang penuh dan sesak macam kt klcc tak pun bukit bintang, sambutan di shah alam ni lebih tenang dan ceria terutama dkt i-city.Ramai yang menyambut bersama keluarga masing masing tak kurang pula yang menyambut bersama kawan kawan.besh sangat...(bnyk lampu),hehe :-)
Baiklah,pada entri kali ini saya nak kongsikan dengan anda semua tentang... satu ( 1 jer?? :-p ) tip untuk BERJAYA.Walaupun saya hanyalah orang biasa yang tak ade kebolehan luar biasa dari kluarge biasa dan bukan keluarga berade..tapi saya jamin,jika anda apply prinsip ini dalam kehidupan anda,saya yakin anda akan berjaya..hehe,tip nya ialah:
Dulu kita x sedar, x tahu, x amek tahu dan x mahu tahu, Maka dulu kita terlepas banyak peluang.So,kalau yang dulu sudah terlepas maka yang sekarang pastikan tidak akan melepas.
haha, cakap lebat jer sape yang tulis nih :-p...Ape pun ini adalah sekadar perkongsian utk saling memperingati.
Ch0w...
Subscribe to:
Posts (Atom)