Thursday, May 3, 2012

RISIKO KERJA MAKAN GAJI (UPDATED)


Vrooom..vrooomm..aku press moto aku laju-laju, aku kene bergegas pergi ke stesen KTM.Hari ni aku kene hantar adik aku pergi stesen KTM.Dia ada perbincangan bisnes dengan geng-geng dia. Jam dah menunjukkan pukul 2.30 petang. Perbincangan start pada pukul 5.00 petang. Dia terpaksa bertolak awal sebab perjalanan menaiki KTM dari klang ke KL ambil masa dua jam.

Bercerita sikit pasal kehidupan ni, aku bukanlah orang yang hidup senang. Keluarga kami hidup cukup-cukup makan. Takde rumah besar, kereta besar dan apa-apa saja yang besar-besar. Ops lupa nak bagitau, majoriti adik beradik aku berbadan besar. Tapi tak kaya pun. So, aku dan adik aku terpaksa join bisnes, dengan harapan dapat memajukan ekonomi keluarga.

Bercerita pasal pengalaman bisnes pulak, aku pernah berjumpa dengan seorang prospek dan berborak panjang dengan dia, sebelum aku masuk dalam bab bisnes, aku tanya kat dia "bro, ko takde planning nak buat bisnes ke?" dia senyap,dahi berkerut. Aku nampak dia sedang berfikir. Dia seolah-olah tak tau nak jawab apa. Akhirnya Dia pun jawab "aku tak minat buat bisnes la, aku tak minat jual-jual ni, aku tak suka jumpa orang". Ok cukup. Sampai sini je cerita aku.

Pernah tak korang jumpa orang macam ni?atau korang sejenis dengan orang macam ni?aku harap tak lah. Bila aku tanya lebih lanjut dia cakap dia nak kerja makan gaji je. Malas nak buat bisnes. Aku boleh terima jawapan dia kalau dia kaya, ataupun dari keluarga yang kaya raya. Ini tidak. Duit pun selalu takde(dia yang cakap). Ok, biarkan saja dia. Malas nak layan orang macam ni. Tapi, pada pendapat korang lah, boleh ke kerja makan gaji sahaja?apa jadi kalau:

Kena buang kerja: ramai orang yang tak pernah fikir pasal benda ni. Yelah, aku pun tak nak fikir pasal ni. Tapi, apa persiapan kita kalau benda ni terjadi. Bayangkan masa tu kita bergantung pada satu pekerjaan sahaja(makan gaji). Duit gaji kita tolak ansuran kereta, utiliti, rumah, keperluan dapur, keperluan anak. Kalau dah takde gaji, nak dapat duit dari mana?

Jatuh sakit: Yang ni paling aku takut. katakan kita sakit, kalau dua minggu bos masih boleh tahan. tapi kalau tiga bulan?setengah tahun?bos mane pun takkan dapat tahan. Katakan bos baik hati bagi pampasan gaji enam bulan. Sampai bila boleh bertahan? duit pampasan tu
ditolak hutang kereta, rumah, keperluan keluarga. Itu belum kira kos perubatan lagi.

Gaji bertambah: jangan ingat gaji bertambah perbelanjaan kurang. Cuba bayangkan, kalau dulu naik moto sekarang naik kereta, kalau
dulu anak sorang sekarang anak lima, kalau dulu rumah flet sekarang rumah teres dua tingkat. Kalau dulu hutang sikit-sikit sekarang hutang banyak-banyak. Ini semua terjadi sebab keperluan semakin bertambah.

JANGAN MINTAK SEDEKAH MACAM NIE

Aku rasa tak payah aku nak listkan semua risiko kerja makan gaji. Korang boleh fikirkan sendiri. Ada jugak orang yang cakap "bisnes tu
nanti-nantilah,cari pengalaman dulu". Aku jawab senang je "takkan korang dah sakit baru nak buat bisnes?takkan korang dah tua nak dekat pencen baru nak terjun bidang bisnes?takkan korang nak tunggu duit takde baru nak buat bisnes?

Walau bagaimanapun ini cuma pendapat aku, terpulanglah pada diri masing-masing sebenarnya. So, apa pendapat korang?


No comments:

Post a Comment