Showing posts with label bisnes. Show all posts
Showing posts with label bisnes. Show all posts

Monday, June 4, 2012

LANGKAH-LANGKAH MEMBUKA SYARIKAT PERNIAGAAN


Zaman sekarang jauh berbeza dengan 10 tahun dulu. Kalau dulu, kerja makan gaji sahaja sudah cukup untuk menampung segala perbelanjaan disamping menikmati kebebasan kewangan. Zaman sekarang berbeza. Satu-satunya cara untuk mendapat kebebasan kewangan ialah dengan membuat perniagaan!






Tidak hairanlah jika ramai orang yang berbondong-bondong ingin membuka perniagaan sendiri. Perniagaan juga adalah 9/10 daripada punca rezeki! Oleh itu, apakah langkah awal membuka syarikat perniagaan?

1. Mendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pasal apa nak daftar kat sini? SSM menyimpan segala maklumat berkenaan bisnes kita dan memastikan bisnes kita berjalan lancar dan mematuhi undang-undang.

2. Selesai mendaftar,bolehlah memohon pinjaman bank. Pinjaman bank haruslah dilakukan kerana membuka perniagaan memerlukan modal yang besar. Antara syarat kelayakan mendapat pinjaman bank ialah mempunyai pendapatan yang tetap.

3. Sebelum memulakan perniagaan, kita haruslah mencari maklumat tentang pasaran. Ini adalah penting untuk memastikan bisnes kita betul-betul laku pada masa hadapan. Contoh maklumat pasaran ialah bilangan orang yang berminat dengan bisnes kita.

4. Selain maklumat pasaran, maklumat tentang pesaing dan pembekal amat penting. Pesaing yang ramai boleh menyebabkan bisnes kita lambat berkembang. Pembekal pula berperanan menyediakan segala keperluan bisnes kita.

5. Sediakan Bisnes plan. Ini adalah sebuah dokumen yang mengandungi informasi-informasi penting berkenaan bisnes kita. Dokumen ini memudahkan kita membuat rujukan selain menjadi bahan untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada mana-mana institusi kewangan kerajaan ataupun swasta.

So, kalau dah ada idea dalam kepala otak. Bukak je bisnes sekarang.Ye dak?

Tuesday, May 15, 2012

URUSNIAGA DENGAN KERAJAAN MALAYSIA


Baru-baru ni aku ditugaskan untuk menyiapkan satu bisnes plan yang berkaitan dengan Engineering. Susah nak cari idea. Tapi aku bernasib baik sebab sorang member telah mencadangkan kat aku supaya aku buat water filter. Kira ada kene mengena dengan engineering jugaklah walaupun sikit. Malas nak fikir panjang aku terima je idea dia

Sebenarnya bisnes plan ni bukanlah kerja aku sorang. Ia adalah kerja grouping. So, hasil daripada perbincangan, kitorang bercadang nak jual water filter kitorang kat indah water. Maklumlah, Indah water adalah satu-satunya syarikat yang menyelenggara sistem pembetungan kat malaysia ni. So, kitorang bercadang nak jual produk ktorang kt indah water semata-semata untuk dapat keuntungan besar!hehe

Ok, aku sebenarnya nak share satu benda yang teramat kecik iaitu langkah2 yang perlu diambil untuk mempromote bisnes kita kepada agensi kerajaan. Langkah-langkah ini tak perlulah aku nomborkan sebab langkahnya memang simple, iaitu daftar sahaja di e-peRolehan. Kalau tak tau baca je kat sini



e-perolehan adalah sistem online yang dibuat oleh kerajaan untuk memudahkan urusan perniagaan dengan rakyat. Sistem ini menggantikan sistem manual(tradisional) yang diamalkan dahulu. Melalui sistem ini, rakyat boleh mempromosi produk-produk mereka dan menjadi pembekal atau perunding kepada kerajaan

Berusniaga dengan kerajaan juga adalah salah satu langkah paling selamat bagi perniagaan anda. So, tunggu apa lagi..cubalah!







Friday, May 11, 2012

BUAT DUIT DENGAN BARANGAN ROSAK - EDISI SENGAL


Aik,pelik sungguh bunyinya. Ada ke orang nak beli barangan rosak ni? setahu aku barangan rosak ni elok campak gaung je. Tak pun bakar sampai jadi arang. Tapi, itu sebenarnyo scenario yang berlaku dulu. Sekarang dah lain bro. Sekarang lagi rosak, lagi orang nak beli(tak lah sampai macam ni,hehe)

Kenapa orang nak beli barangan rosak?sebabnya, pembeli ingin baiki pastu jual balik dan juga pembeli ingin mengambil emas dalam barangan rosak (terutamanya barangan elektronik). So, korang tunggu apa lagi. Toleh kiri kanan, cari barang rosak dan Juaaaaalll!

RUGI TAK JUAL

Jual di Mudah.my:Kalau korang ada laptop, kamera, hard disc, printer, handphone, mesin jahit (barangan yang bernilai tinggi). Baik jual kat sini je sebab pengunjung ramai. Kenapa tak cuba?lagi tinggi nilai barangan lagi tinggi permintaan. Jangan lupa sign up Mudah.my dan terus jual barangan rosak anda

KUMPUL BARANGAN ROSAK

Jual di kedai besi buruk: Yang ni cara paling aku suka. Mudah. Apa yang perlu buat hanyalah kumpul segala barangan rosak yang ada di seluruh pelusuk rumah korang pastu bawak ke kedai besi buruk berhampiran. jangan pulak korang pegi angkut almari, sofa, kabinet dan katil mak bapak korang pegi jual. Jual barangan yang rosak sahaja, ingat tu!

BOLEH  KUTIP KAT TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH

Kedai besi buruk biasanya akan membeli barangan elektronik, kertas, besi dan kotak. Sudah pastinya barangan-barangan ini bersepah-sepah sahaja di sekeliling rumah korang. So, kepada sesiapa yang duduk melangut sahaja dirumah ataupun dah bertahun menganggur takde keje. Aku syor korang jadi penjual barangan rosak. Atleast dapatla duit sikit. Amacam?

Wednesday, May 9, 2012

CARA MENCETAK WANG SENDIRI


Aku bukan nak bgtau kaedah nk cetak wang palsu ataupun kaedah mendapat mesin cetak wang paling murah di pasaran.Tapi aku nak cerita sikit tentang cara 'mencipta' mesin cetak wang sendiri.Bagaimana?

MARI CETAK WANG SENDIRI

Mesin cetak wang yang aku maksudkan sebenarnya ialah 'pendapatan pasif' apa itu pendapatan pasif? banyak btol soalan kan.Pegi baca sendiri. Ok, malas nak celoteh panjang. Ini adalah beberapa kaedah untuk mendapatkan pendapatan pasif. Mari tengok sama-sama

Agen insurans: Sesapa pun boleh jadi agen insuran ni. Syarat kelayakan adalah lulus peperiksaan sahaja. Korang akan mendapat komisen jika mendapat pelanggan. Apa yang best ialah, untuk setiap pelanggan, anda akan dibayar komisen selama enam tahun! bayangkan jika anda mendapat 100 pelanggan. Duit atas angin beb!

MLM atau jualan langsung: Tugas korang hanyalah menjual produk orang lain. Yang menariknya ialah, korang mendapat dua sumber pendapatan. Pertama daripada jualan korang sendiri dan kedua daripada jualan yang dibuat oleh downline korang. Cuba bayangkan,duit masih masuk ke akaun bank korang walaupun korang sedang tidur (bilamana downline membuat jualan). Bukankah ini namanya 'buat duit sambil tidur?'

Menulis buku: Cuba tengok JK Rowling. Kerja sekali sahaja, duit masuk berjuta-juta sehingga sekarang hasil daripada royalti jualan buku Harry Potter. Bayangkan dengan sekali bekerja menyiapkan buku, korang terus menerima royalti daripada setiap buku terjual sehingga 50 tahun even selepas korang meninggal dunia. Duit dapat, pahala pun dapat!

Membuka kedai di internet: Korang boleh buka pasaraya korang sendiri. Tak perlu modal, tak perlu kedai, tak perlu cipta produk sendiri. Hebat kan! pelanggan korang bukan di malaysia sahaja tetapi di seluruh dunia! korang setting 'pasaraya'korang sekali sahaja selepas itu ia akan berjalan outo-pilot untuk selama-lamanya! anda boleh buat kerja lain selepas itu.best!

Ini hanyalah sedikit info yang aku dapat hasil daripada bacaan.Banyak lagi sebenarnya. Kalau nak tahu tunggu entri selepas ini. Okay chow


Friday, May 4, 2012

APA-APA CARA PUN BOLEH DAPAT DUIT - APAKATA KORANG CUBA

Aku nak cerita kat korang satu benda yang aku baru jumpa ni.Agak best la benda ni.Benda ni aku nak kongsikan khas buat semua orang yang lalu lalang kat sini.

Bukan apa,aku kesian kat sesetengah orang ni,dorang ada banyak kebolehan tapi dorang takde idea macam mane nak gunakan untuk dapatkan duit.

Straight to the point terus.Korang ade kebolehan tapi tak tau kat mana nak digunakan?jom pergi fiverr.com, laman web yang disediakan khas untuk memberi apa-apa perkhidmatan yang diperlukan oleh sesiapa sahaja yang memerlukan.


NAK TERGELAK PUN ADA...ADUHH
Cakap saja kebolehan ape, menari, melukis,menyanyi dan apa-apa saja.Asalkan servis korang tu bagus, komfem ramai yang order.Tapi aku nampak banyak je servis ntahape-hape kat Fiverr ni.

Yang bestnya pasal Fiverr ni adalah kita akan dibayar 5$(dollars)untuk setiap satu servis yang diorder.Kalau 10 orang order,tukar plak kepada ringgit malaysia..Masyuk beb!!

Apalagi..jom pakat join ramai-ramai!


Thursday, May 3, 2012

RISIKO KERJA MAKAN GAJI (UPDATED)


Vrooom..vrooomm..aku press moto aku laju-laju, aku kene bergegas pergi ke stesen KTM.Hari ni aku kene hantar adik aku pergi stesen KTM.Dia ada perbincangan bisnes dengan geng-geng dia. Jam dah menunjukkan pukul 2.30 petang. Perbincangan start pada pukul 5.00 petang. Dia terpaksa bertolak awal sebab perjalanan menaiki KTM dari klang ke KL ambil masa dua jam.

Bercerita sikit pasal kehidupan ni, aku bukanlah orang yang hidup senang. Keluarga kami hidup cukup-cukup makan. Takde rumah besar, kereta besar dan apa-apa saja yang besar-besar. Ops lupa nak bagitau, majoriti adik beradik aku berbadan besar. Tapi tak kaya pun. So, aku dan adik aku terpaksa join bisnes, dengan harapan dapat memajukan ekonomi keluarga.

Bercerita pasal pengalaman bisnes pulak, aku pernah berjumpa dengan seorang prospek dan berborak panjang dengan dia, sebelum aku masuk dalam bab bisnes, aku tanya kat dia "bro, ko takde planning nak buat bisnes ke?" dia senyap,dahi berkerut. Aku nampak dia sedang berfikir. Dia seolah-olah tak tau nak jawab apa. Akhirnya Dia pun jawab "aku tak minat buat bisnes la, aku tak minat jual-jual ni, aku tak suka jumpa orang". Ok cukup. Sampai sini je cerita aku.

Pernah tak korang jumpa orang macam ni?atau korang sejenis dengan orang macam ni?aku harap tak lah. Bila aku tanya lebih lanjut dia cakap dia nak kerja makan gaji je. Malas nak buat bisnes. Aku boleh terima jawapan dia kalau dia kaya, ataupun dari keluarga yang kaya raya. Ini tidak. Duit pun selalu takde(dia yang cakap). Ok, biarkan saja dia. Malas nak layan orang macam ni. Tapi, pada pendapat korang lah, boleh ke kerja makan gaji sahaja?apa jadi kalau:

Kena buang kerja: ramai orang yang tak pernah fikir pasal benda ni. Yelah, aku pun tak nak fikir pasal ni. Tapi, apa persiapan kita kalau benda ni terjadi. Bayangkan masa tu kita bergantung pada satu pekerjaan sahaja(makan gaji). Duit gaji kita tolak ansuran kereta, utiliti, rumah, keperluan dapur, keperluan anak. Kalau dah takde gaji, nak dapat duit dari mana?

Jatuh sakit: Yang ni paling aku takut. katakan kita sakit, kalau dua minggu bos masih boleh tahan. tapi kalau tiga bulan?setengah tahun?bos mane pun takkan dapat tahan. Katakan bos baik hati bagi pampasan gaji enam bulan. Sampai bila boleh bertahan? duit pampasan tu
ditolak hutang kereta, rumah, keperluan keluarga. Itu belum kira kos perubatan lagi.

Gaji bertambah: jangan ingat gaji bertambah perbelanjaan kurang. Cuba bayangkan, kalau dulu naik moto sekarang naik kereta, kalau
dulu anak sorang sekarang anak lima, kalau dulu rumah flet sekarang rumah teres dua tingkat. Kalau dulu hutang sikit-sikit sekarang hutang banyak-banyak. Ini semua terjadi sebab keperluan semakin bertambah.

JANGAN MINTAK SEDEKAH MACAM NIE

Aku rasa tak payah aku nak listkan semua risiko kerja makan gaji. Korang boleh fikirkan sendiri. Ada jugak orang yang cakap "bisnes tu
nanti-nantilah,cari pengalaman dulu". Aku jawab senang je "takkan korang dah sakit baru nak buat bisnes?takkan korang dah tua nak dekat pencen baru nak terjun bidang bisnes?takkan korang nak tunggu duit takde baru nak buat bisnes?

Walau bagaimanapun ini cuma pendapat aku, terpulanglah pada diri masing-masing sebenarnya. So, apa pendapat korang?


Thursday, December 16, 2010

BUAT DUIT ONLINE SECARA PERCUMA!!!



Salam hormat kawan-kawan;

Saya percaya anda tidak akan melepaskan peluang ini...Peluang ini diberikan khas kepada semua pembaca blog saya yang tak seberapa ini :-

Pernah tak anda dengar tentang bisnes internet?

Bisnes internet merupakan bisnes yang paling mudah dijalankan....Kenapa?..Jawapan saya mudah
JIMAT KOS, JIMAT MASA, RISIKO RENDAH, LUMAYAN...dan macam-macam lagi.

Baru-baru ini saya telah terjumpa dengan sebuah website yang menawarkan pakej pembelajaran online, BISNES INTERNET.

Ilmu yang diberi memang superb. Dah lah bahasa yang digunakan sempoi sahaja.

Apa yang lebih menarik, ilmu ini disampaikan oleh IM tempatan, Raja Kamil. Nak dijadikan cerita, beliau sanggup mengajar secara PERCUMA !

PERCUMA tu beb...sape yang tak nak kalau percuma ? tak percaya, try lah tengok sendiri di SINI

Try tgk ok :-