Wednesday, July 11, 2012

PANTANG LARANG SEMASA TEMUDUGA


Kita semestinya ingin terpilih untuk mendapat pekerjaan dalam bidang yang kita ceburi. Persediaan awal untuk  menghadapi temuduga mestilah dilakukan supaya kita tidak gementar semasa sesi temuduga berjalan.


Sebagai langkah persediaan,kita mesti mengetahui pantang larang semasa temuduga
berlangsung. Antara pantang larang temuduga
ialah:


  • Jangan terlalu merendah diri. Pihak penemuduga akan memandang rendah keupayaan kita Jangan menceritakan keburukan majikan dan tempat kerja yang dahulu. Pihak penemuduga akan menganggap kita tidak boleh menyimpan rahsia dan lebih buruk lagi, tidak amanah.
  • Jangan dedahkan kelemahan diri tanpa diminta berbuat demikian. Ini menunjukkan kita langsung tiada keyakinan diri dan kita menganggap kelemahan diri sebagai penghalang kejayaan. 
  • Jika diajukan soalan, janganlah hanya menjawab 'Ya' ataupun 'tidak'. Ini memendekkan sesi temuduga dan kemungkinan kita terlepas peluang menunjukkan potensi diri kita yang sebenar.
  • Jika sesi temuduga sudah tamat, janganlah kita cuba melanjutkannya dengan menanyakan soalan bodoh ataupun merayu kepada penemuduga. Ini kemungkinan akan menyebabkan permohonan kita akan dibuang ataupun dibakar sejurus selepas kita keluar dari bilik temuduga.

Kepada yang perempuan pula, Janganlah cuba buat muka comel dengan memuncungkan bibir dengan harapan penemuduga akan tergoda. Teknik ini hanya berkesan jika anda yakin muka anda seiras Neelofa ataupun Siti Nurhaliza. Jika tidak, Jangan...AWAS!!

No comments:

Post a Comment