Dalam entri lepas dah cerita pasal pantang larang semasa temuduga. Kali ni nak cerita pulak pasal soalan-soalan famous yang akan ditanya masa temuduga. Soalan soalan ni biasanya merupakan soalan killer yang mana ramai candidate kantoi tak tau nak jawab apa. Soalan-soalan ni simple je, iaitu:
- Sila ceritakan sikit latarbelakang diri anda. soalan ni memang susah. ramai orang kekok bila suruh cakap pasal latarbelakang ni.
- Ceritakan kejayaan diri anda yang paling anda banggakan. Mak oi. seumur hidup dari kecik sampai besar rasanya tak pernah ada kejayaan. dari UPSR, PMR sampailah SPM asyik fail je. lulus pun cukup makan. Jangan jadi macam ni pulak ye.
- Ceritakan tokoh yang anda kagumi. Yang ni korang jangan pulak cerita pasal Maikel Jaksen, kristiano ronado takpun ladi gaga. kang tak pasal pasal kena halau. Ceritalah pasal Dr Mahathir ke, Dr Syeikh Mudzaffar ke, Dr rozmey ke. Kan bagus kalau rasul jadi idola kita. Cerita sikit pasal bioghraphy dorang pun da cukup bagus.
- Apakah perkara yang menjadi halangan dalam hidup anda supaya anda mencapai lebih kejayaan? Bagaimanakah anda mengatasi halangan itu? Hak yang ni jangan pulak korang bagitahu yang seumur hidup korang, dari minum susu sampai besar panjang sekarang, tak pernah ada halangan sikit pun. Memang sah korang lebih power dari Superman. kalau dah jadi superman tak payah susah-susah nak cari kerja.
Ni cuma sedikit info yang aku tau.Harap dapat kongsikan ilmu ni supaya sama-samalah kita lebih berjaya dalam setiap temuduga yang bakal kita pergi. Ok. Mekasih
No comments:
Post a Comment