Sunday, August 12, 2012

TUNTUT ILMU UNTUK KE NERAKA?



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: " Sesiapa yang menuntut ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan mencium bau syurga di hari akhirat kelak."(Riwayat Abu Daud)

Pengajaran hadis:

Orang yang berilmu dijanjikan Allah kedudukan tinggi di dunia mahupun di akhirat kelak. Islam menuntut keikhlasan niat dalam segala perkara termasuklah dalam menuntut ilmu samada ia berbentuk keduniaan ataupun ilmu agama. Dengan perkataan lain, setiap ilmu yang dituntut janganlah terkeluar dari landasan syariat. Ia mestilah dimanfaatkan untuk kebaikan dunia dan akhirat serta mengutamakan kebajikan manusia sejagat bukannya untuk kepentingan dunia semata-mata seperti mengumpul harta, merebut kenaikan pangkat atau mengejar glamour dan sebagainya. Ilmu yang berkat ialah ilmu yang membuatkan seseorang itu makin dekat dengan Allah SWT bukan menjadikan ia semakin jauh dan lalai sehingga melanggar hukum tuhan dan sanggup melakukan kemungkaran seperti keganasan, menipu, mencuri, merampas hak orang dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment