Friday, July 27, 2012

SOLAT YANG TIDAK DISUNATKAN BERJEMAAH : SOLAT WITIR


Tahukah anda apakah itu solat witir?sebagaimana tajuk diatas, solat witir adalah antara solatsolat sunat yang dianjurkan oleh agama. selain itu, ia juga tergolong solat sunat yang tidak disunatkan berjemaah. Dalam erti kata lain, ia sunat dilakukan secara individu.



Tetapi kita juga pernah dengar adakalanya solat witir ini dilakukan berjemaah?betul tu, ia sunat dilakukan secara berjemaah selepas solat sunat tarawih yang kita lakukan pada bulan ramadhan.


Selain itu,mulai malam 16 ramadhan,kita disunatkan membaca doa qunut pada rakaat terakhir solat witir.

Bilangan rakaat;

Solat sunat witir adalah satu-satunya solat
yang bilangan rakaatnya ganjil(tidak genap
seperti solat-solat lain). Ia boleh dilakukan
sekurang-kurangnya dengan bilangan satu rakaat
dan sebanyak-banyaknya dengan bilangan sebelas
rakaat.

Walaupun sekurang-kurangnya bilangan rakaat
solat witir itu satu rakaat tetapi jumlah
rakaat yang afdhal ialah sebanyak tiga rakaat
dengan dua kali salam. Pada rakaat pertama
sunat dibaca surah al-A'la, rakaat kedua surah
al-kafirun dan pada rakaat ketiga dibacakan
surah al-ikhlas.

No comments:

Post a Comment