Monday, April 30, 2012

SENTUHAN AJAIB DONALD TRUMP

"You are fired!" jerit seorang lelaki tinggi,perut buncit kehadapan dan berkepala botak.Ramzi terpinga-pinga.Dia seakan-akan tak percaya.Semalam baru saja dia tengok rancangan The Apprentice dalam tv dimana Donald trump memecat seorang perantis yang tidak kreatif. Bunyi "You are fired" seakan-akan sama dengan jeritan Donald Trump. Ramzi akur, dia terus mengemas barang dan perlahan-lahan beredar. Dalam hati dia tertanya-tanya"apa salah aku?"

Aku memang minat sangat dengan rancangan The Apprentice ni. Dulu tak pernah miss. Tapi bila The Celebrity Apprentice kuar aku dah slow sket. Ntahlah,rancangan lain aku rasa lagi menarik kot.

Sebenarnya aku nak kongsi ngan korang beberapa fakta menarik tentang Donald John Trump ni.Aku terpaksa tulis entri tentang mamat Donald ni sebab aku kena present skit pasal dia kat tempat keje aku.Entri ni dikira sebagai Pemanas badan la.

Beberapa fakta menarik yang mungkin ramai tak tahu pasal Donald John Trump atau lebih dikenali sebagai Donald Trump ni antaranya ialah:

Fakta 1: Majalah Business Week menyifatkan Trump "apa yang disentuhnya akan bertukar menjadi emas" Midas Touch. Ini kerana kebolehannya mengubah barangan murah menjadi mahal,tidak laku menjadi laris,tidak berkualiti menjadi berkualiti dan bermacam-macam lagi. Memang hebat!

KORANG BOLEH BACA BUKU NI


Fakta 2: Memiliki pelbagai aset bernilai jutaan dollars seperti Trump International hotel & Tower Palm Jumeirah, Trump International hotel & Tower Toronto, Trump Tower New Orleans, Trump Ocean Club International hotels & Tower Panama. Universiti pun dia ada. Fuiyoh, kaya betul.

UNIVERSITI PUN DIA PUNYA


Fakta 3: Miss Universe yang selalu korang tengok kat Tv tu dia punya jugak. Dia adalah owner kepada Miss Universe Organisation yang menganjurkan Miss Universe, Miss USA, Miss Teen USA dan yang sewaktu dengannya.

Fakta 4: Dia kawin dengan bini yang muda dan lawa.Yang ini memang aku tak puas hati!

Ok,sebenarnya rahsia kehebatan Trump ni dah dibukukan dan dipasarkan di seluruh malaysia. Korang boleh je beli koleksi buku-buku Trump ni kat mana-mana kedai buku (aku beli kat MPH je). Korang pernah dengar pasal buku'berfikir gaya Trump kan'.Aku cadang korang baca.

Harap-harap dapatlah aku present dengan lancar.Sehari suntuk jugak berlatih ni. Aku dah training nak present macam Steve Jobs. Harap-harap menjadilah. Kepada sesiapa yang nak present macam Steve Jobs, korang boleh baca disini.

Entri ni kekurangan gambar. Tak sempat nak masukkan. Dah lewat ni, aku nak pergi present dulu. Chow

2 comments: