Monday, June 4, 2012

LANGKAH-LANGKAH MEMBUKA SYARIKAT PERNIAGAAN


Zaman sekarang jauh berbeza dengan 10 tahun dulu. Kalau dulu, kerja makan gaji sahaja sudah cukup untuk menampung segala perbelanjaan disamping menikmati kebebasan kewangan. Zaman sekarang berbeza. Satu-satunya cara untuk mendapat kebebasan kewangan ialah dengan membuat perniagaan!






Tidak hairanlah jika ramai orang yang berbondong-bondong ingin membuka perniagaan sendiri. Perniagaan juga adalah 9/10 daripada punca rezeki! Oleh itu, apakah langkah awal membuka syarikat perniagaan?

1. Mendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pasal apa nak daftar kat sini? SSM menyimpan segala maklumat berkenaan bisnes kita dan memastikan bisnes kita berjalan lancar dan mematuhi undang-undang.

2. Selesai mendaftar,bolehlah memohon pinjaman bank. Pinjaman bank haruslah dilakukan kerana membuka perniagaan memerlukan modal yang besar. Antara syarat kelayakan mendapat pinjaman bank ialah mempunyai pendapatan yang tetap.

3. Sebelum memulakan perniagaan, kita haruslah mencari maklumat tentang pasaran. Ini adalah penting untuk memastikan bisnes kita betul-betul laku pada masa hadapan. Contoh maklumat pasaran ialah bilangan orang yang berminat dengan bisnes kita.

4. Selain maklumat pasaran, maklumat tentang pesaing dan pembekal amat penting. Pesaing yang ramai boleh menyebabkan bisnes kita lambat berkembang. Pembekal pula berperanan menyediakan segala keperluan bisnes kita.

5. Sediakan Bisnes plan. Ini adalah sebuah dokumen yang mengandungi informasi-informasi penting berkenaan bisnes kita. Dokumen ini memudahkan kita membuat rujukan selain menjadi bahan untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada mana-mana institusi kewangan kerajaan ataupun swasta.

So, kalau dah ada idea dalam kepala otak. Bukak je bisnes sekarang.Ye dak?

No comments:

Post a Comment