Saturday, June 9, 2012

MENGHASILKAN PROGRAM TELEVISION

Memang syok layan TV tiap-tiap hari dari pagi sampai malam. Tapi pernah tak kita terfikir bagaimana sebuah rancangan television seperti drama, telemovie, dan dokumentari diterbitkan? 
mari kita tengok sama-sama.




Siapa yang terlibat?


Di lokasi penggambaran filem, kita dapat lihat ramai orang. Selain pelakon dan pengarah, terdapat ramai pekerja-pekerja lain. Mereka semua dipanggil 'krew' dan masing-masing memainkan peranan penting dalam penggambaran.


Penerbit: Dia bertanggungjawab mencari pengarah filem yang berbakat untuk mengarahkan rancangan television yang bakal diterbitkan. Contoh syarikat penerbitan yang terkenal ialah 20th century fox dan Les' Copaque (Malaysia).


Pengarah: Ketua di lokasi penggambaran. Orang yang bertanggungjawab memberi arahan pada semua krew. Siapa tak kenal Steven Spielberg pengarah The Lord of The Rings dan Transformers. Di Malaysia pula, Syamsul Yusof untuk filem KL Gengster.




Penolong pengarah: bertugas memecahkan skript,watak, babak, lokasi agar dapat disesuaikan dengan jadual Pengarah. Membantu kerja pengarah di lokasi penggambaran.


Properties Master: Menentukan peralatan dan perhiasan yang bakal digunakan.


Pengarah Produksi: Mencari lokasi yang sesuai untuk penggambaran. Tempat tercantik didunia seperti mexico,latvia dan turki selalu menjadi lokasi terbaik untuk penggambaran.


Pengarah Seni: Menentukan susun atur, hiasan dan suasana di lokasi penggambaran.


Jurukamera: Merakam setiap babak lakonan.


Jurulampu: Menyediakan lampu supaya sesuai dengan babak dan lokasi.


Juruaudio: Mengawal audio. Memastikan suara pelakon jelas, tidak ada gangguan bunyi bising.




Selepas selesai penggambaran. Semua babak akan diedit oleh Editor. Editor bertanggungjawab menyambungkan semua babak supaya menjadi sebuah jalan cerita yang lengkap.


Setelah selesai, Cerita yang lengkap ini akan dihantar ke stesen television dan di tonton oleh semua orang.

No comments:

Post a Comment