Thursday, July 5, 2012

BERFIKIR CARA JUTAWAN


Pernahkah kita berangan-angan menjadi jutawan?memiliki rumah-rumah besar,memandu kereta mewah dan mempunyai duit berjuta-juta didalam bank. Apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran mampu dibeli, melancong ke mana-mana sahaja seperti ke Paris, Dubai, Turki dan London. Makan apa sahaja yang terbayang di fikiran. Ini sudah tentunya menjadi pengalaman paling indah sepanjang hidup.




Tetapi mampukah kita menjadi jutawan? Ramai yang percaya bahawa jutawan hanyalah impian yang tak mungkin menjadi kenyataan. Pada mereka, hanya orang yang bernasib baik sahaja mampu mencapai gelaran berprestij ini.



Tanggapan itu ternyata salah, penulis buku Think and grow rich, Napoleon Hill telah 
menghabiskan 20 tahun usianya semata-mata untuk mengkaji faktor kejayaan para jutawan ini. Hasil daripada kajian itu, dia mendapati hampir kesemua jutawan mempunyai cara berfikir yang sama! Bagaimanakah cara berfikir para
jutawan ini?


Menurut Napoleon Hill, Para jutawan ini memiliki mindset yang luarbiasa dan berbeza
dengan orang lain.Diantara mindset-mindset yang dimiliki para jutawan ialah: 

  • Mempunyai kesedaran pada kekayaan
  • Mempunyai matlamat kewangan yang jelas
  • Mempunyai kemahiran menggunakan minda separa sedar
  • Mempunyai keyakinan dan kepercayaan diri yang teramat hebat



Menurutnya kajiannya lagi, dia mendapati bahawa sebelum para jutawan ini menjadi
jutawan, mereka telah awal-awal lagi menukar mindset mereka kepada mindset jutawan! mereka meniru cara berfikir para jutawan demi untuk menarik kekayaan. Mereka juga berkawan dengan para jutawan dan orang-orang yang positif sahaja dan meninggalkan kawan-kawan yang tidak memberi manfaat pada mereka!


Kesimpulannya, kita dapat lihat bahawa untuk menjadi jutawan, langkah pertama adalah
mengubah mindset kita kepada mindset jutawan. Oleh itu, tunggu apa lagi. Mari sama
sama berfikir cara jutawan!!

No comments:

Post a Comment