Friday, July 20, 2012

CARA MEMILIH PRINTER TERBAIK


Printer ialah satu alat yang disambungkan pada komputer. Ia digunakan untuk mencetak dokumen, kerja atau apa-apa sahaja yang dilakukan melalui komputer.

Terdapat beberapa jenis Printer yang biasa 
digunakan. Antaranya ialah Printer Laser, Printer Injet, Printer dot metrik dan Printer
pelbagai fungsi. Ia adalah berbeza antara satu
sama lain.

Printer laser berupaya menghasilkan cetakan yang sangat baik dan jelas. Ia juga adalah
pencetak yang laju. Namun harganya agak mahal, bergantung pada keupayaannya mencetak dengan jelas dan cepat. Ia menggunakan dakwat yang
dipangging Toner.

Kebanyakan Printer yang digunakan di rumah
adalah jenis Injet. Harganya mampu dimiliki dan agak murah. Namun, hasil cetakannya tidak
lah secantik cetakan laser. Ia memadai jika
digunakan untuk mencetak dokumen atau kerja
menaip daripada komputer.

Sementara Printer dot metrik pula menggunakan
riben. Ia sangat popular pada tahun 1980-an 
kerana harganya lebih murah. Namun Printer ini
agak bising semasa menjalankan kerja-kerja
mencetak.

Printer pelbagai fungsi pula ialah pencetak 
yang mempunyai berbagai-bagai fungsi. Selain 
dari mencetak ia juga digunakan sebagai mesin
faksimili, telefon, fotostat dan pengimbas.

Kejelasan Printer diukur dengan jumlah titik
yang ada bagi setiap inci atau disebut dot per inch (dpi). Semakin tinggi dpi pencetak, semakin baik hasil cetakan. Jadi jika anda  ingin mendapatkan hasil cetakan yang menarik. Anda hendaklah membeli pencetak yang mempunyai
dpi yang tinggi. Ia biasanya ditulis 1200 x 600 dpi, 720 x 640 dpi dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment