Tuesday, July 17, 2012
TIGA GOLONGAN MALANG DI BULAN RAMADHAN
Nabi Muhammad s.a.w sedang melangkah naik ke
atas mimbar.Tiba-tiba para sahabat mendengar
nabi menyebut 'amin'.Hairan kerana Nabi bukan
sedang menadah tangan berdoa.Sebentar kemudian
sekali lagi Nabi menyebut 'amin' sehinggalah
cukup tiga kali.Para sahabat pun bertanya kepada Nabi sebaik sahaja baginda turun dari mimbar.
"Jibril muncul dihadapanku,"jawab Nabi s.a.w.
"Jibril berkata'celakalah sesiapa yang melalui
ramadhan yang diberkati tanpa memperoleh keampunan daripada Allah s.w.t.'Lalu aku pun
mengucapkan amin(mengaminkan)"
Nabi menyambung lagi"Jibril berkata lagi kepadaku,'Celakalah orang yang apabila disebutkan namamu (Nama Nabi s.a.w),dia tidak berselawat.'Lalu aku pun mengucapkan amin.Kemudian Jibril berkata lagi,'Celakalah sesiapa yang ibu-bapanya telah tua,atau salah seorang daripadanya telah tua, dia gagal berkhidmat kepada mereka.'
Dengan kedudukan doa yang cukup tinggi darjatnya itu iaitu doa malaikat Jibril dan diaminkan pula oleh Nabi s.a.w,pastilah doa ini dimakbulkan oleh Allah s.w.t.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment