Antartika yang terletak di kutub selatan adalah sebuah kawasan yang dilitupi lautan salji tidak mengira musim. Benua antartika diseliputi ais sejak 35 juta tahun dahulu.
Benua paling sejuk di dunia |
Benua antartika sebenarnya adalah sebuah gurun yang hampir sama dengan gurun sahara. Perairannya adalah antara kawasan paling berangin di dunia dengan catatan kelajuan angin sehingga 200 batu sejam.
selain itu, benua antartika mempunyai suhu yang tidak menentu. Pernah dicatatkan penurunan suhu sehingga 65 darjah fahrenhait dalam masa 12 minit.
Vinson Massif adalah puncak tertinggi di antartika dengan ketinggian 4,897 meter.
Beberapa orang bergambar di puncak Vinson Massif |
Kebanyakan hidupan di antartika mempunyai sejenis bahan anti-sejuk dalam darah masing masing untuk mengelakkan mereka menjadi beku.
Penguin mempunyai tubuh anti beku |
Antartika adalah kawasan terbaik untuk melihat tahi bintang secara jelas kerana persekitarannya yang serba putih.
No comments:
Post a Comment