Sunday, June 17, 2012

BAHAYA KURANG MINUM AIR

Rahmat berasa letih, badannya tidak bermaya. Dia seolah-olah baru sahaja berjalan puluhan kilometer padahal dia langsung tidak melakukan apa-apa aktiviti lasak pada hari itu. Pada fikiran Rahmat, keletihan ini sudah menjadi kebiasaannya. Namun, hari ini keletihannya menjadi-jadi. Setelah pulang dari kerja, Rahmat bercadang ingin berjumpa doktor.
Setelah kesihatan Rahmat diperiksa, didapati Rahmat tidak menghidap apa-apa penyakit. Punca keletihan Rahmat ialah dia kurang minum air. Rahmat mengaku hanya mengambil beberapa cawan minuman sahaja dalam sehari. Ini kerana dia hanya minum air apabila terasa dahaga sahaja.
Kajian menunjukkan bahawa badan kita terdiri dari 90% air. Oleh itu, air memainkan peranan penting dalam melancarkan setiap aktiviti tubuh badan kita. Sebagai contoh, air diperlukan untuk menurunkan suhu badan yang tinggi apabila kita demam. Air juga diperlukan untuk melancarkan peredaran darah dan membuang segala kotoran dalam badan melalui peluh.
Bagi sesiapa yang inginkan kulit yang licin dan cantik, dia haruslah banyak minum air putih. Ini kerana, air putih mengandungi banyak zat-zat terlarut yang terbukti baik untuk kesihatan kulit kita. Jika ingin minum jus buah sekalipun, pastikan Jus buah itu seratus peratus asli dan tidak bercampur dengan pewarna dan pengawet. Jus buah sememangnya kaya dengan mineral dan vitamin.


Meminum air sebenarnya dapat menjauhkan tubuh dari sebarang penyakit.Walaupun penyakit lazimnya dikaitkan dengan bakteria namun ini semua berlaku kerana sistem perkumuhan badan yang tidak lancar. Kekurangan meminum air menyebabkan bahan buangan dalam badan seperti toksik tidak dapat dikeluarkan dengan baik.Ini menyebabkan badan kita dijangkiti toksik dan merosakkan kesihatan.

No comments:

Post a Comment